CCT 7179

CCT 7179

Tuesday 7 June 2011

Mari menoreh getah

Alhamdulillah... 3 hari sudah berlalu. Semalam C'CT mulakan operasi menoreh.. wow..!! hasilnya sungguh lumayan. Memandangkan waktu ini pokok getah masih tidak berdaun (baru melepasi waktu gugur) dan susu getah tidak banyak.. namun, hasil torehan semalam cukup memuaskan hati. Kepada sahabat-sahabt penoreh mari sama-sama kita gunakan produk terbaru ini. BIO E-PLUS RUBBERTEX GEL. 

Penggunaan BIO E-PLUS RUBBERTEX GEL kepada pokok gerah berjaya menghasilkan susu getah berlebihan dari kadar biasa. Kandungan getah kering (DRC) 31-36% tanpa menjejaskan pokok. Dengan menggunakan produk ini juga kita tidak perlu lagi risau akan cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Ia mampu mempercepatkan pembekuan getah selepas torehan. Ini dapat mengurangkan kadar lupus hasil torehan akibat hujan. Apa yang penting di sini... kerja kurang, hasil lumayan.

Sunday 5 June 2011

BIO E-PLUS RUBBERTEX GEL

C'CT pada hari ni nak berkongsi info bersama sahabat-sahabat penoreh getah. Pada hari ini C'CT telah diperkenalkan oleh sahabat kaedah baru untuk menggalakkan pengeluaran latex(susu pokok getah). Sahabat telah memperkenalkan satu produk yang dinamakan Bio e-Plus Rubbertex Gel.

Demonstrasi telah dilakukan di kawasan kebun getah Beserah. Kebanyakkan pokok-pokok getahnya telah tua dan hampir kering.. Cara penggunaan BIO E-PLUS adalah dengan menanggalkan terlebih dahulu getah kering dan bersihkan alur torehan pada pokok. Kemudian disapu gel dengan menggunakan berus lukisan bersaiz kecil. Ulangi jika tidak mencukupi. Torehan boleh dibuat selepas 2 hari. 


Sama-sama kita lihat hasilnya nanti.