CCT 7179

CCT 7179

Monday 15 August 2011

Budaya Tandas Berkualiti Amalan Murid 1 Malaysia



Apabila menyebut tentang kebersihan tandas, ramai yang mengambil mudah serta menganggap ini hanya perkara kecil dan remeh. Kebersihan tandas merupakan sesuatu yang perlu kita semua ambil berat. ‘Kempen tandas bersih’ ini dapat menerapkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan tandas. Seterusnya ia dapat mewujudkan kesedaran dan membantu merubah persepsi masyarakat kepada pembentukan satu budaya baru.
Dalam usaha memelihara kebersihan tandas, aspek budaya penggunaan tandas perlu diubah dan ditangani. Oleh demikian, Jabatan Pelajaran Pahang telah melancarkan Kempen Kebersihan Tandas Berkualiti bertemakan Budaya Tandas Berkualiti Amalan Murid 1 Malaysia sepanjang bulan September 2011. Kempen ini dijalankan bertujuan untuk mendidik warga sekolah khususnya dalam kalangan murid-murid agar menitikberatkan aspek penggunaan tandas dengan betul.
Warga Sekolah Kebangsaan Sg. Panching Utara tidak melepaskan peluang menyertai Kempen yang dianjurkan ini. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan “Tandas Berkualiti” peringkat sekolah.

      Semua warga sekolah sama-sama berganding bahu untuk mewujudkan tandas ceria dan berkualiti. Aktiviti dijalankan teratur dan berperingkat. Bermula dari membersih tandas, seterusnya menceriakan ruangan dalam tandas dan akhirnya melukis mural pada dinding luar tandas. Hasil dari  kempen tersebut jelas mempamerkan perubahan dan menambah keceriaan imej sekolah.
            Bangunan sekolah ini terbahagi kepada 3 blok bangunan iaitu blok A, blok B dan blok C. Terdapat tandas di setiap hujung aras bangunan. Bangunan blok A hanya mempunyai 2 tingkat. Tandas di aras bawah di khususkan untuk kegunaan murid sahaja, manakala tandas di aras atas khusus untuk kegunaan guru. Bangunan blok B terdapat 4 tingkat. Tandas di aras bawah adalah untuk kegunaan guru lelaki manakala tandas lain adalah untuk kegunaan murid. Bangunan blok C juga mempunyai 4 tingkat. Tandas di aras bawah khusus untuk kegunaan guru wanita, tandas di aras 1adalah untuk kegunaan kakitangan pentadbiran sekolah dan tandas di aras 2 dan 3 adalah untuk kegunaan murid.
            Tandas yang berkualiti hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat. Untuk memastikan agar kebersihan sentiasa dikekalkan, jadual pembersihan tandas dilaksanakan. Tandas telah dibersihkan dua kali sehari mengikut jadual yang ditetapkan. Masalah bekalan air kerap kali berlaku di sini. Bagi menangani masalah ini, tong tadahan air disediakan di setiap tandas.

           Kempen kebersihan telah dilaksanakan, dengan perlaksanaan kempen ini berharap dapat menyedarkan masyarakat akan tanggungjawab menjaga kebersihan tandas. Jika semua warga sekolah dapat memulakan langkah kecil membersihkan tandas dan menjaga keceriaan tandas, pastinya tandas sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria sepanjang masa. Marilah kita sama-sama menjayakan Kempen Kebersihan Tandas Berkualiti bertemakan Budaya Tandas Berkualiti Amalan Murid 1 Malaysia. 


No comments:

Post a Comment